klik di sini :)

Friday, April 16, 2010

pelancong Jepun

Seorang pelancong Jepun menahan teksi di depan hotel penginapannya untuk ke sebuah restoran. Setelah menekan butang meter tambang, teksi tu pun mula bergerak dengan perlahan.

Di lebuh raya, pemandu teksi tadi memandu dengan kelajuan sederhana. Tiba-tiba sebuah kereta memotong. “Ah, Nissan. Made in Japan. very fast”, kata pelancong jepun itu. Kemudian sebuah lagi kereta memotong dengan lagu.

“Ah, Toyota. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong Jepun itu lagi. Kemudian sebuah lagi kereta memmotong, lebih laju. “Ah, Mitsubishi. Made in Japan. Very fast”, kata pelancong itu lagi, bangga dengan keluaran negaranya.

Apabila sampai restoran, pelancong itu mengeluarkan dompetnya untuk membayar tambang teksinya… .”RM200 please” kata pemandu teksi dengan selambarnya.

“What? RM 200? it’s not that far from the hotel?”, kata pelancong itu tidak puas hati. “Ah, Agrometer (meter teksi). Made in Japan. Very fast, jawab pemandu teksi tersebut dengan selambarnya..

No comments:

Post a Comment