klik di sini :)

Saturday, May 15, 2010

Facts or fake???

10 fakta menarik

antara fakta dunia yang menarik...layannnnn ....

1) Makanan yg pling digemari oleh lipas ialah gam yg berada di belakang setem..

2) Otak Burung Unta lebih kecil dari matanya.(astro hahahhaaha)

3) Di Amerika Syarikat, purata berlakunya kadar jenayah adalah setiap 22 saat..

4) Beethoven iaitu seorang penggubah beberapa susunan muzik klasik terbaik di dunia sebenarnya adalah seorang yang pekak..

5) Apa yang disebut sebagai "mata" planet Musytari - Bintik Merah Besar - adalah sebenarnya ribut gergasi di dalam atmosfera planet itu. Saiz ribut itu adalah dua kali ganda planet bumi!

Ribut ini telah berterusan sejak Musytari dapat dilihat melalui teleskop. Ia mungkin merupakan ribut paling lama bertahan di seluruh Sistem Suria. Meskipun Musytari adalah planet terbesar di dalam sistem ini, ia tidak mempunyai permukaan pejal. Musytari adalah sebuah bebola gas gergasi.

6) Siri drama televisyen yang paling panjang adalah "Guiding Light" yang telah (dan masih) ditayangkan selama lebih 66 tahun! Ia mula ke udara melalui radio dalam bulan Januari 1937, dan memasuki rangkaian televisyen pada 30 Jun 1952.

7) Sekiranya separuh bahagian barat Pelantar Ais Antartika mencair akibat kesan pemanasan dunia, itu saja sudah cukup untuk meninggikan paras laut sebanyak 60 kaki, dan menenggelamkan banyak bandar besar di pinggir laut.

8) Sistem monarki berperlembagaan di Malaysia adalah unik di mana Yang Dipertuan Agong, yang merupakan ketua negara simbolik, dipilih untuk tempoh selama lima tahun dari kalangan sultan-sultan pemerintah sembilan buah negeri Melayu.


9) ENIAC, salah sebuah komputer terawal, memerlukan keluasan lantai 15,000 kaki persegi dan seberat 30 tan. Walau bagaimanapun, keupayaannya hanya satu pecahan berbanding komputer desktop biasa hari ini.

ENIAC, atau nama penuhnya Electronic Numerical Integrator And Computer, dibina oleh Dr. John W. Mauchley dan J. Presper Eckert, Jr. pada tahun 1946. Pada asalnya ia bertujuan untuk kegunaan sewaktu Perang Dunia Kedua, tetapi oleh kerana ia disiapkan selepas tamat perang, ENIAC tidak pernah digunakan untuk tujuan tersebut.

10) Ubat gigi jenama Colgate mula
diperkenalkan di Perancis dengan nama
Cue, mengambil sempena nama sebuah
majalah lucah.

No comments:

Post a Comment