klik di sini :)

Thursday, May 19, 2011

Aprikot Vs Kanser (Apricon Farmas Health) - Produk Anti-Kanser


APRICON adalah produk makanan kesihatan anti-kanser yang dikeluarkan oleh FARMAS HEALTH. APRICON mengandungi 100 peratus aprikot kernel yang dikisar halus setelah menjalani proses sinaran UV yang kaya dengan Vitamin B17, atau dikenali juga sebagai amygdalin atau Laetrile yang mampu membunuh sel-sel kanser dan merawat pesakit kanser yang kronik. Vitamin B17 atau Laetrile juga mampu meningkatkan sistem imunisasi dan daya ketahanan tubuh badan serta mampu meningkatkan kecerdasan dan tahap kesihatan seseorang individu. Komponen Vitamin B17 atau Amgdalin yang terdapat dalam APRICON ini berfungsi sebagai agen kimoterapi semulajadi yang mampu melawan kanser secara efektif . Berdasarkan kajian saintifik dan ujian klinikal yang dilaksanakan, B17 atau amgdalin yang terdapat dalam APRICON mampu merawat dan memulih masalah sistem metabolik dan menstabilkan sistem tubuh badan yang berfungsi secara tidak normal. Keberkesanan APRICON dalam merawat dan mencegah pelbagai jenis penyakit kanser dan penyakit kronik yang lain telah jelas terbukti dan diakui ramai terutamanya para penguna yang telah menggunakan poduk APRICON ini. Antara khasiat APRICON ialah:
• Mencegah dan merawat pelbagai jenis penyakit kanser seperti; Leukimia, kanser payudara, kanser Serviks, Kanser Otak, Kanser Hati, Kanser Tulang, Kanser Lympoma, Kanser Uterus, Kanser Perut, Kanser Prostat, Kanser Ovari, Kanser Colon, kanser Paru-paru, Kanser Usus, Kanser kulit dan lain-lain lagi
• Mampu merawat penyakit kronik yang lain seperti penyakit Kencing Manis, Jantung, Darah Tinggi, Gout, Parkinson & Asma.
• Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi & Kolestrol dalam darah
• mengurangkan berat badan,tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam darah.
• -mengimbangkan kandungan gula dalam darah
• -meningkatkan kesihatan mental & memori
• -membersihkan arteri
• -Mengurangkan masalah sakit sendi
• -Membantu masalah buasir
• -berfungsi sebagai tonic dan antioksidan yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
• -membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
• -Menyelesaikan masalah haid tidak teratur dan keputihan
• -mampu merawat masalah kulit seperti terdedah kepada sinaran Uv, gatal-gatal & alahan.
• -Menyelesaikan masalah jerawat dan resdung
• -Menghaluskan kulit
• -Anti penuaan.


• Info Produk

150 biji Kapsul ( Harga : RM 149 Sabah & Sarawak: RM155)

• Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

019-244 9008(En.Sayed)
016-957 0602(En Shah Fariz)
012-699 7039(En. Andy)
019-208 3523(Pn.Fadzilah) 
010-432 4523(Cik Syakira)
013-355 5563(Cik Siti)
013-333 8933(Cik Azra)


 Dikeluarkan oleh : TK Farmas Solution & Industries.
 Emel : farmashealth@yahoo.com

Friday, May 6, 2011

Nuffnang oh Nuffnang !!!

Sekian lame nye...hari ini eyra bukak web nuffnang...sadis betui la....huhu... 3 star dah xde...

Melalui hari-hari yang t'lalu bz nie (bz sgt ke???)..menyebabkan kemerosotan yang teruk...huhu...
Maybe xde keyword yang menarik dah kat blog eyra nie kan...:(

Friday, April 22, 2011

Selawat atas Nabi Muhammad S.a.w

RASULULLAH saw bersabda bahawa Malaikat Jibril, Mikail, Israfil dan Izrail
telah berkata kepada baginda.

Berkata Jibril: "Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca selawat ke
atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan saya bimbing tangannya dan
akan saya bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail: "Mereka yang berselawat ke atas kamu, akan aku beri
mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil: "Mereka yang berselawat kepadamu, akan aku sujud
kepada Allah dan aku tidak akan mengangkat kepalaku hingga Allah mengampuni
orang itu."

Izrail pula berkata: "Bagi mereka yang berselawat ke atasmu, akan aku cabut
roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh
nabi-nabi."

Sunday, April 17, 2011

Jom reload handphone for free!!!!!


Dear kawan- kawan, 

Kat sini aku ada berita baik punya untuk menjimatkan poket kawan-kawan yang sentiasa kering.cara mereload prepaid tanpa membayar duit. pelikkan.!!!!!!!

aku dapat daripada awek kat kedai handphone masa aku round kat suria klcc.duduk berborak dengan dia aku pun korek lah rahsia pasal handphone ni.last-last cair jugak dia.dia pun bagitau lah aku cara-cara nak mereload prepaid ni secara percuma.....nak x???


ok, sila baca keterangan dibawah ni untuk kegunaan ngkorang... 

untuk semua talian 012,013,016,017 dan 019, anda semua selepas ini tak payahlah pergi ke kedai handphone lagi untuk mereload prepaid anda. 

disini ada cara untuk mereload handphone dengan cara yang agak illegal yerr.. tapi cara mereload handphone ini hanya boleh digunakan pada 10 dan 11 haribulan pada setiap bulan.ini kerana setiap talian ini di upgrade pada masa-masa ini.

 ok, kepada pengguna talian 012,013,016,017,019 ambik telefon anda dail 1415007 dan tunggu dalam 5 saat dan anda akan dengar seperti bunyi bising,tunggu sehingga bunyi itu hilang dan dail 9151 tunggu 3 saat dan tekan nombor telefon anda.

 anda akan dengar dia cakap "please insert you pin number" masukkan 011785 45227 00734 tunggu selepas dia kata nombor pin selesai, lepas tu dial 0405 untuk k.l, 0406 untuk yang duduk di selangor. 


anda akan mendengar "for airtime top-up press 1723"selepas dail nombor tadi tekan nombor telefon anda sekali lagi.tunggu selepas bunyi bising selesai, dial 4455147 diikuti 146 selepas 5 saat...

 ok, yang ni agak banyak sikit, dial 1918 lepas 3 saat dial 4451 dan masukkan siri 0117-445227 1145527 tunggu selepas bunyi dail diangkat terus dail 55524785933 dan selepas anda dengar "please key in your password" tekan ****2+253+7891*+546322, tunggu sampai dia kata "your passwords accepts" dan dia akan kata "please insert your emey number" tekan nombor telefon anda lagi sekali sampai anda dengar seperti bunyi dial diangkat, anda dial 1566 dan anda akan dengar dia kata "re-confirm your emey number" lepas tu dial nombor tepon anda seperti berikut, contoh = 6011556 2245334 + no tepon anda... . 

selepas beberapa saat, anda akan mendengar "your pin number is accept" anda terus dail 1007 dan anda akan dengar "your emey number is accept" terus dail 4566 dan anda akan dengar "your password is accept" terus dail nombor tepon anda dan anda akan dengar......


.................................
.......................
........
....
..

 "kepala hotak kau, kat dalam dunia ni mana ada benda yang free, masuk toilet pun kena bayar 20 sen" dan anda terus matikan handphone anda atau baling kearah dinding kerana dikhuatiri akan menggangu fikiran anda... sekian,terima kasih... ... 
heheh aku pun terkena sama gak... . jgn mare =)

Sunday, March 20, 2011

MARI BELI AIR MINERAL - Air Sg Gau



Saya ada menjual dan membekal air mineral di sekitar Kuantan Pahang

Air Galian Semujadi Bawah tanah Sg.Gau, untuk minuman harian segenap lapisan masyarakat,

Kandungan : (diss. solid mg/l 284), kadar garam galian yang tinggi (TDS: 294mg/l) dan PH 7.9), dan

Merupakan air mineral kedua terbaik selepas air zam zam...

Kegunaan :
1. Melancarkan Pengaliram darah
2. Melancarkan sistem penghadaman
3. Membantu menguatkan stamina
4. Membekal oksigen dalam tubuh
5. Mengembalikan kelembapan kulit dan muka
6. Sesuai untuk mereka yang bersukan
7. Kandungan mineral yang sesuai untuk segenap lapisan masyarakat

Harga : 500ml - RM 1.00 (botol kecil)
        1.5 l - RM 2.00 (botol besar)
        Sekotak - RM 13.00 (500mlx24)

Untuk pertanyaan & Tempahan:
email : eyraz_85@yahoo.com
0179812582/0179102582 (eyra/yati)

Tuesday, March 15, 2011

Asal Usul Yahudi

Kita pernah dengar bagaimana keganasan Israel di bumi Palestin, tidak kira tua atau muda saudara kita, tidak kira lelaki atau wanita saudara kita, dikencam begitu hina. Antara ceritanya adalah Wujudnya kaum yahudi dan sejarah kehidupannya, tertubuhnya Pergerakan Zionis dan Pencerobohan dibumi Palestin. Semoga segala cerita ini akan membuka minda kita dan memberi iktibar pada kehidupan kita tentang asal usul kaum Yahudi. 


Asal-usul kaum yang laknat. 
Pada masa ini ramai orang yang beranggapan bahawa Hebrew, Bani Israel dan Yahudi itu adalah sama sahaja. Tapi sebenarnya, setiap satu dari yang disebutkan itu adalah berbeza. Hebrew merupakan satu bahasa dan bukan rumpun bangsa. Bahasa Hebrew digunakan oleh puak nomad Semitic yang tinggal di Timur Mediterranean sebelum tahun 1300 sebelum Masihi.
 
Bani Israel pula adalah merupakan satu rumpun bangsa yang sememangnya pernah wujud dalam sejarah manusia. Manakala Yahudi pula adalah satu kumpulan manusia yang telah mengamalkan peradaban Hebrew dan Bani Israel.
 
Orang-orang Yahudi sebenarnya tergolong dari berbagai-bagai rumpun bangsa dan bukan satu bangsa yang tulen. Ia merupakan tidak lebih daripada sekumpulan komuniti manusia yang berjaya memelihara identity mereka selama 1900 tahun. Iaitu dari tarikh musnahnya wilayah kekuasaan Rom yang dikenali sebagai Judea dalam tahun 135 Masihi sehinggalah penubuhan Negara Israel dalam tahun 1948. Dalam tahun 1970, Parlimen Israel telah meluluskan satu undang-undang yang mentafsirkan Yahudi sebagai seorang yang dilahirkan daripada seorang ibu Yahudi. Satu tafsiran yang tidak mempunyai erti langsung. Apa yang telah mengekalkan perpaduan mereka ini ialah keteguhan mereka dalam memegang dan mengeamalkan agama yang dikenali sebagai Judaisme.
 
Orang-orang Yahudi mengabadikan diri mereka yang begitu mendalam dan bersungguh-sungguh terhadap ilmu pengetahuan. Kepada mereka, mempelajari ilmu pengetahuan adalah satu-satunya amalan keagamaan yang mesti dilakukan di dalam apa jua keadaan sekalipun. Bagaimanapun, rata-rata, Yahudi adalah orang yang tidak sepatutnya diberi muka di atas bumi ini. Bangsa-Bangsa Bersatu, mereka telah dengan mudah tunduk kepada tekanan-tekanan dan desakan Yahudi. Bagaimanakah hanya sekumpulan komuniti manusia boleh diberikan sebuah Negara. Negara itu pula adalah sebuah Negara milik orang lain.
 
Yahudi tidak dikehendaki walau di mana-mana pun. Di antara tahun 132 hingga 135 Yahudi telah diharamkan memasuki Jerusalem. Sesiapa sahaja di kalangan mereka yang melanggar perintah itu akan dihukum bunuh. Dalam kurun ke-enam pula, orang-orang Yahudi yang merempat di Sepanyol telah diletakkan ke satu taraf kedudukan yang paling hina sekali. Semasa kebangkitan agama Kristian di Eropah, ramai orang Yahudi telah dibunuh di atas tuduhan telah menyebabkan kematian Nabi Isa. Dalam zaman Perang Salib yang berlaku di antara kurun Masihi yang ke-11 hingga kurun Masihi yang ke-13, ramai lagi orang Yahudi yang telah dibunuh. Dalam tahun 1215, majlis Gereja Roman Katholik telah mengarahkan supaya semua orang Yahudi memakai tanda pengenalan. Perkara yang sama juga dilakukan oleh Khalifah Omar semasa beliau memerintah Baghdad. Dalam tahun 1920 pula, Raja Edward I, iaitu Raja England ketika itu, telah menghalau Yahudi dari bumi England. Perbuatan ini dituruti pula oleh Raja Perancis, Charles IV
 
Dalam abad yang ke-14 dalam satu era yang dipanggil 'Black Death', pembunuhan secara beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi menjadi sebagai satu perkara biasa sahaja. Sepanyol menghalau penduduk-penduduk Yahudi dari Negara mereka dalam tahun 1494. Portugal pula berbuat demikian dalam tahun 1497. Sejarah juga telah membuktikan bahawa orang-orang Yahudi ini telah merempat dari satu tempat ke satu tempat. Ada di antara mereka telah lari ke Turki. Nasib baiklah ketika itu Turki adalah sebuah Negara Islam yang diperintah oleh Constantinople. Islam adalah satu-satunya agama yang sangat bertoleransi. Selain dari Turki, mereka juga lari ke Rusia dan Poland. Dalam tahun 1648 terdapat kira-kira setengah juta Yahudi di Poland. Tapi tidak lama kemudian, di sekitar tahun 1648 hingga 1658, di bawah pemerintahan Bogdani Chmielnicki, sebilangan besar dari mereka telah dibunuh dan harta mereka dimusnahkan.
 
Selepas tahun 1650, satu era baru muncul pula di Eropah Barat berikutan dengan Reformasi Puak Protestan. Dalam era itu orang-orang Yahudi telah digalakkan pula berhijrah ke tanah jajahan British yang baru, iaitu Amerika. Dalam tahun 1791, Majlis Kebangsaan Perancis membenarkan kemasukan orang-orang Yahudi ke Negara itu. Ini dilakukan sebagai memenuhi konsep demokratik Revolusi Perancis. Namun begitu, tidak beberapa lama kemudian, Napoleon I telah membantah keras dasar itu. Sementara kedatangan orang-orang Yahudi disambut baik di Eropah Barat, Eropah Timur pula mengamalkan dasar yang berlawanan. Rusia dan Poland telah mengamalkan dasar pembunuhan beramai-ramai ke atas orang-orang Yahudi. Pembunuhan ini samalah seperti apa yang telah berlaku di Eropah Barat satu ketika dahulu.
 
Apabila Poland Timur menjadi sebuah tanah jajahan Rusia di antara tahun-tahun 1772 hingga 1796, orang-orang Yahudi yang masih ramai lagi hidup di situ telah dikenakan sekatan-sekatan yang hebat. Mereka juga hilang hak untuk menuntut ilmu dan berniaga. Mereka tidak dibenarkan tinggal di luar tempat-tempat yang tertentu. Bukan itu sahaja, malah Kerajaan Rusia telah menggalakkan serta membiayai pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai 'pogrom', iaitu pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai di zaman moden. Ia berlaku dalam tahun 1881 berikutan terbunuhnya Czar Alexander II.
 
Kemudian dalam tahun 1903 dan tahun1905, ekoran dari kegagalan Revolusi Rusia, berlaku sekali lagi pogrom. Pogrom kali ini hebat dan berlaku di 600 buah kampung orang-orang Yahudi. Mereka dicincang hidup-hidup sementara harta benda mereka serta rumah-rumah mereka dibakar. Pogrom yang mengorbankan beratus-ratus ribu orang Yahudi pula berlaku semasa Perang Saudara Rusia akibat dari Revolusi Bolshevik dalam tahun 1917. Dalam tahun 1938, pogrom juga telah berlaku di Jerman. Dan pogrom yang terbesar sekali yang pernah berlaku dalam sejarah ialah pogrom yang berlaku dalam Perang Dunia Kedua di mana seramai enam juta orang-orang Yahudi telah dibunuh secara sistematik dalam apa yang dinamakan oleh Kerajaan Jerman sebagai 'penyelesaian terakhir kepada masalah orang-orang Yahudi'.

Monday, March 14, 2011

KENDURI KAWEN D JERANTUT :::: JENJALAN D KUALA LIPIS...

13 Mac 2011 :::::::::: Bertolak dr Rumah Pkul 9...Ke Kampung Lada Jerantut Pahang


Haikal lepas penat men kejar2...huhu

Kerana sampai awal sgt...xsempat nk nengok pengantin bersanding....so, menyibukkan diri bergambar la kt pelamin...

Pengantin yang br lepas akad nikah...hehe...xsempat bersiap sedia lagi...




nie la bandar Kuala Lama Lipis...xde ramai sgt org...sunyi je...mayb ari ahad...diorang xturun ke bandar








Saturday, March 12, 2011

GEMPA BUMI & TSUNAMI MELANDA JEPUN..(video)



JEPUN 12 MAC : Lebih 1,000 orang dikhuatiri terbunuh di Jepun ekoran kejadian tsunami setinggi 10 meter selepas gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter, dengan kebanyakan kematian akibat lemas, lapor media tempatan.

Kira-kira 3,000 penduduk yang tinggal berdekatan loji nuklear di Wilayah Fukushima, utara Tokyo dipindahkan daripada kawasan tersebut.

Kerajaan menyatakan tiada kebocoran berlaku di loji berkenaan namun tahap radiasi semakin meningkat.

Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter.

Agensi berita Kyodo melaporkan, gegaran kuat itu menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

"Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri," lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik.

Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

"Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu," kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36.

Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

"Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja," katanya.

Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan.

Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Bank of Japan yang sedang berusaha meningkatkan ekonomi negara itu berkata pihaknya akan berusaha sedaya upaya memastikan pasaran kewangan terus stabil, ketika pasaran saham dan nilai yen jatuh.

Sementara itu, Pertubuhan Palang Merah di Geneva berkata paras air laut dilaporkan lebih tinggi di beberapa kepulauan Pasifik manakala amaran tsunami di seluruh wilayah itu kecuali Amerika dan Kanada.

- Reuters

Friday, March 11, 2011

XPDC Mendaki Gunung Santubong ( kenangan with Kelab XPDC - UNIMAS )


Assalamualaikum....Arini nk ngimbas kenangan masa mendaki Gunung Santubong 2009...

Sebuah Kenangan Yang Tak Dapat d Lupakan  :)

Muke2 sebelom naik mendaki....dah ler ujan...


Mendaki dalam hujan...uiii...mmg mencabar dengan banyak dugaan ....licin giler..

Berehat & Pose sebentar kt Celah2 pokok besau...hepi sungguh lecturer yg pakai baju oren 2...hehe 

Tempat rehat sambil makan2 sebelom turun semule....


view dr atas...chanteq kan...

Alhamdullillah...akhirnye selamat sampai  :)

Thursday, March 10, 2011

Kisah 20 Sen



Pada suatu hari, seorang Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam tersebut menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam tersebut ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas tersebut sambil memulangkan wang 20 sen tersebut. "Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen", kata Imam tersebut kepada pemandu bas tersebut.

"Owh... terima kasih! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni.. kan sedikit je nilainya", pemandu bas tersebut berkata. Imam tersebut menjawab, "Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur".

Pemandu bas tersebut tersenyum, dan berkata, "Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam".

Imam tersebut turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan..Imam tersebut berdoa sambil menadah tangan, "Astaghfirullah!!!, Ampunkan daku Ya Allah... Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!.

Monday, February 28, 2011

10 waktu mustajab untuk berdoa

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalampeperangan.
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.” (Hadismursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalamKitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8.Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat. Kerana mengharapkan bertemu dengan saatijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktuZuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Friday, February 25, 2011

MARILAH SAMA2 KITA MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH S.W.T

Assalamualaikum...
Entri kali ni, sy nk kongsikan bagaimana kita nak mendekatkan diri kepada ALLAH S.W.T
Harap kita semua mendapat keberkatan-Nya...InsyaALLAH


p/s : klik pd gambar utk lihat image lebih jelas yea .... :)

Monday, February 21, 2011

Tip Kerjaya: Antara potensi diri dan kerjaya pilihan


Oleh Dr Mohd Yahya Mohamed Ariffin
mohdyma@um.edu.my
2010/07/08

INDIVIDU yang tiada kebolehan membuat keputusan mengenai pekerjaan mungkin disebabkan minat yang pelbagai, minat yang tidak jelas atau tiada minat sama sekali.

Sebagai mahasiswa, anda tidak dapat menjangka dengan baik mengenai personaliti, minat, nilai, serta kebolehan menyebabkan pilihan yang dibuat tidak sepadan dengan ciri yang dimiliki.

Maka, wujud dilema dalam diri akibat berlaku pertentangan antara potensi diri yang dimiliki dengan pekerjaan yang menjadi minat dan pilihan hati.

Bagi membantu mengatasinya, Teori Perkembangan Kerjaya Holland yang diperkenalkan oleh Holland (1958) dilihat sangat sesuai untuk dijadikan panduan kepada pencari kerja kerana teori ini dapat membantu mengenal pasti potensi diri termasuk personaliti, minat, nilai dan pencapaian individu.

Menurut Holland terdapat hubungan erat di antara personaliti dengan persekitaran kerja yang diceburi oleh seseorang individu. Setiap individu akan mencari persekitaran kerja yang sesuai dengan personalitinya.

Kesesuaian antara personaliti individu dengan persekitaran akan menghasilkan kepuasan, kestabilan dan pencapaian dalam bidang kerjaya yang diceburi oleh individu. Malah banyak kajian Holland dan sarjana lain membuktikan hubungan berkenaan.

Hasil kajian mereka menunjukkan individu yang terbabit dalam bidang kerjaya, berjaya memilih bidang pekerjaan yang selaras dengan jenis personaliti yang dimiliki.

Sehubungan itu, Holland mengkelaskan individu kepada enam jenis personaliti iaitu realistik, investigatif, artistik, sosial, keusahawanan dan konvensional yang boleh dikaitkan dengan kerjaya.

Pada ruangan ini diterangkan dua jenis personaliti iaitu realistik dan investigatif merangkumi ciri personaliti, pekerjaan yang sesuai dengan anda dan bidang pengajian yang boleh diikuti di universiti.

Buatlah analisis supaya anda mengenali personaliti diri seterusnya mampu menyesuaikan dengan kerjaya yang menjadi impian.

1. Realistik

Personaliti ini dimiliki individu jenis praktikal. Mereka cenderung untuk menjadi kompetitif dalam kerja yang dilakukan serta terbabit dengan aktiviti yang memerlukan kemahiran fizikal dan kekuatan.

Setiap masalah akan diselesaikan menggunakan pendekatan yang konkrit sebaliknya, tidak menonjolkan kemahiran verbal dan interpersonal.

Ciri personaliti: Berterus-terang, praktikal, fokus, mekanikal, gigih, cekal, tanah lasak, stabil, maskulin, berdikari, jujur, pemalu, akur, berpendirian tetap, cermat dan keras hati.

Bidang pekerjaan yang sesuai: Seni bina, pengurusan hospitaliti, kulinari, kejuruteraan, teknologi maklumat, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, muzik, farmasi, veterinar, optometri, juruterbang, tukang masak (chef), perekaan fesyen, fotografi dan ukur bahan.

Bidang pengajian: Seni bina, seni bina lanskap, pengurusan hospitaliti, kejuruteraan awam, kejuruteraan mekanikal, kejuruteraan automotif, teknologi maklumat, muzik, farmasi, perubatan veterinar, optometri, juruterbang, masakan, perekaan fesyen, fotografi dan ukur bahan.

Oleh itu, anda adalah individu dalam kategori ini jika memiliki ciri personaliti di atas dan sesuai bekerja dalam bidang yang disenaraikan.

2. Investigatif

Individu yang mempunyai minat yang tinggi dalam aktiviti menganalisis, menyiasat atau menyelidik sama ada secara saintifik atau teknikal.
Individu kategori ini adalah seorang pemikir yang fokus kepada sesuatu perkara dan idea yang dilakukan.

Jika anda sering kesibukan bekerja di belakang tabir untuk menghasilkan sesuatu idea atau ciptaan yang hebat, bermakna anda adalah dari jenis investigatif.

Ciri personaliti: Analitikal, intelektual, teliti, ingin tahu, berdikari, rasional, pendiam, kritikal, tepat, berhati-hati, cekal, introvert, sistematik dan radikal.

Bidang pekerjaan yang sesuai: Sains komputer, ekonomi, kejuruteraan, matematik, statistik, farmasi, perubatan, pergigian, psikologi, sains perubatan, bioteknologi, sains, kewartawanan, optometri, kejuruteraan dan antropologi.

Bidang pengajian: Perubatan, pergigian, farmasi, optometri, sains, bioteknologi, matematik, statistik, ekonomi, geologi, sains, sains komputer, psikologi, kejuruteraan, kewartawanan dan antropologi.

Penulis ialah Pensyarah Kanan, Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya

Saturday, February 12, 2011

Hosni Mubarak letak jawatan



KAHERAH: Presiden Mesir, Hosni Mubarak akhirnya meletak jawatan, selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran menentang pemerintahan 30 tahunnya.
Sehubungan itu, Naib Presiden, Omar Suleiman yang mengumumkan perletakan jawatan itu menerusi televisyen, menamakan sebuah majlis tentera untuk mentadbir sementara negara berkenaan.

“Presiden mengambil keputusan untuk menyerahkan kedudukannya,” kata Omar.
Seorang pegawai parti pemerintah sebelum ini berkata Hosni dan keluarganya meninggalkan Kaherah, berlepas ke kawasan peranginan di Laut Mati di Sharm el-Sheikh, tempat dia mempunyai istana.

Tentera Mesir sebelum itu berusaha mengurangkan kemarahan rakyat dengan memberi jaminan, pembaharuan yang dijanjikan akan dilaksanakan. Tetapi, beratus ribu penunjuk perasaan menjadi semakin berang, memenuhi dataran di sekurang-kurangnya tiga bandar besar negara itu semalam dan berarak menuju istana presiden dan bangunan televisyen milik negara, simbol penting rejim Hosni.

“Apa yang kamu tunggu lagi,” jerit seorang lelaki ke arah seorang pegawai tentera di luar istana Hosni di Kaherah. Lebih 5,000 orang menunjuk perasaan di depan istana itu yang dilindungi empat kereta kebal.
Tunjuk perasaan di depan istana itu adalah yang pertama dilakukan selepas tiga minggu tertumpu di Dataran Tahrir.

Ketika khutbah Jumaat di dataran berkenaan, penunjuk perasaan melaungkan slogan ‘Pergi! Pergi!’ setiap kali khatib menyebut nama Hosni.

Dalam pada itu, lebih 10,000 orang merempuh sekatan tentera di depan bangunan Radio Dan Televisyen Mesir.

Sambil memukul gendang, mereka menjerit ‘Pergi! Pergi!’ Tentera dalam kereta kebal depan bangunan itu tidak berbuat apa-apa. - AFP


Tuesday, February 8, 2011

Life Quotes


We make a living by what we get, but we make a life by what we give... .Sir Winston Churchill. 

Let us endeavor to live, that when we come to die even the undertaker will be sorry... .Mark Twain. 

Learn to get in touch with the silence within yourself, and know that everything in life has purpose. There are no mistakes, no coincidences, all events are blessings given to us to learn from... .Elizabeth Kubler-Ross. 

The purpose of our lives is to give birth to the best which is within us... .Marianne Williamson. 

And life is what we make it. Always has been, always will be... .Grandma Moses. 

Our life is what our thoughts make it... .Marcus Aurelius Antonius. 

A long life may not be good enough, but a good life is long enough... .Benjamin Franklin. 

What consumes your mind, controls your life... .Creed. 

When you were born, you cried and the world rejoiced... Live your life so that when you die, the world cries and you rejoice... .Cherokee. 

It is one of the most beautiful compensations of this life that no man can sincerely try to help another without helping himself... .Ralph Waldo Emerson. 

Build a man a fire, and he'll be warm for a day. Set a man on fire, and he'll be warm for the rest of his life... .Unknown. 

If you spend a perfectly useless afternoon in a perfectly useless manner, you have learned how to live... .Lin Yu Tang. 

In three words I can sum up everything I've learned about life -- it goes on... .Robert Frost. 

In everyone's life, at some time, our inner fire goes out. It is then burst into flame by an encounter with another human being. We should all be thankful for those people who rekindle the inner spirit... .Albert Schweitzer. 

That it will never come again is what makes life sweet... .Emily Dickinson. 

Don't ever give up. The greatest things accomplished in life are those you strive for. Never give up hope. Remember amateurs built the ark and pros built the titanic... .Unknown. 

Life isn't about finding yourself. Life is about creating yourself... .George Bernard Shaw. 

Life moves on, whether we act as cowards or heroes. Life has no other discipline to impose, if we would but realize it, than to accept life unquestioningly. Everything we shut our eyes to, everything we run away from, everything we deny, denigrate or despise, serves to defeat us in the end. What seems nasty, painful, evil, can become a source of beauty, joy, and strength, if faced with an open mind. Every moment is a golden one for him who has the vision to recognize it as such... .Henry Miller. 

There comes that mysterious meeting in life when someone acknowledges who we are and what we can be, igniting the circuits of our highest potential... .Rusty Berkus. 

The adventure of life is to learn.
The purpose of life is to grow.
The nature of life is to change.
The challenge of life is to overcome.
The essence of life is to care.
The opportunity of life is to serve.
The secret of life is to dare.
The spice of life is to befriend.
The beauty of life is to give.
The joy of life is to love... .William Arthur Ward.

My favorite quote is "Life is too short to be little," written by Disraeli. Often we allow ourselves to be upset by small things we should despise and forget. We lose many irreplaceable hours brooding over grievances that, in a year?s time, will be forgotten by us and by everybody. No, let us devote our life to worthwhile actions and feelings, to great thoughts, real affections and enduring undertakings... .Andre Maurois.

Thursday, February 3, 2011

Petua - Menjaga Wajah

Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-
  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.
  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.
  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.
  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-
  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-
  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.
  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.
  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.
Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.

sumber :laman petua

Friday, January 28, 2011

Gigi Cantik Serlah Senyuman Menawan



SEORANG pelawak di Indonesia meninggal dunia selepas mengalami sakit gigi yang teruk pada usia 43 tahun.

Setelah diperiksa dengan teliti, ia bukan sakit gigi biasa kerana selepas memakan ubat dan sakitnya reda, bengkak pada gusinya semakin membesar dan tiba-tiba sebelah kakinya dan tangannya lemah, tidak boleh bertutur dengan baik yang menunjukkan gejala strok.

Doktor yang merawatnya sejak awal lagi memberitahu pelawak malang ini sebenarnya menghidap barah otak yang sudah tersebar dan dipicu oleh giginya yang dijangkiti sama hingga akhirnya membawa kepada kematian.

Jangkitan di rongga mulut boleh menyebabkan pelbagai penyakit keradangan seperti radang sendi dan radang usus.

Kemajuan perubatan imunologi juga mengenal pasti bakteria rongga mulut menunjukkan jangkitan pada gigi boleh menyebabkan penyakit jantung dan pembuluh darah, penyakit paru-paru, kencing manis dan barah.

Ini jelas membuktikan gigi dan rongga mulut menjadi tempat asas pembiakan mikro organisma penyebab penyakit berpindah ke bahagian tubuh yang lain khususnya radang gusi dan jaringan pendukung gigi.

Bagi yang tidak mengetahui, di dalam mulut ada ratusan juta bakteria malah ada laporan berkata dalam setiap miligram plak gigi mengandungi 1,011 bakteria. Memanglah bukan semua bakteria dalam mulut membahayakan kerana sebahagian besarnya diperlukan untuk proses semula jadi normal.

Antara bakteria yang negatif ialah P. Gingivalis, B. Intermedius dan A. Actinomycetemcommitans yang dominan menyebabkan radang gusi dan radang sekitar hujung akar gigi hingga menjadi bengkak dan bernanah.

Sebab itu penjagaan gigi amat penting bukan saja untuk kesihatan yang baik tetapi juga memberi keyakinan diri yang tinggi apabila berkomunikasi dengan orang lain.

Penjagaan gigi dan gusi perlu bermula sebaik saja gigi bayi tumbuh. Ibu bapa perlu mendidik anak mereka untuk menjaga gigi mereka supaya gigi mereka sihat dan tetap cantik setelah dewasa.

Seperti gigi kekal yang sepatutnya bertahan sepanjang hayat, gigi susu juga ada peranan yang penting untuk mengunyah makanan dengan sempurna, bercakap dengan jelas dan memupuk rasa harga diri yang baik.

Oleh itu adalah penting untuk melindungi anak anda dari kerosakan dan pereputan gigi susu yang menyakitkan.

Panduan Penjagaan Mulut-Baru lahir hingga 24 bulan 

1. Bersihkan mulut kanak-kanak dengan kain kasa atau kain selepas makan dan sebelum tidur.

2. Jangan biar bayi anda tertidur dengan botol susu di dalam mulutnya kecuali ia diisi dengan air kosong saja.

3. Berjumpa dengan doktor gigi apabila gigi pertama muncul atau jika gigi pertama tidak muncul setelah anak anda mencapai umur 1 tahun.

4. Gosok gigi dengan menggunakan berus gigi yang kecil dan lembut selepas makan dan sebelum tidur.

5. Teruskan mencuci bahagian dalam mulut yang lain dengan kain kasa atau kain.

6. Berbincang dengan doktor gigi atau pakar kanak-kanak mengenai tambahan florida.

Umur 2-6 tahun 

1. Ibu bapa perlu terus membersihkan mulut anak-anak dan membenarkan mereka mengambil bahagian berdasarkan minat dan kebolehan.

2. Mula ajar mereka menggunakan flos pada bahagian gigi yang rapat.

3. Berjumpa doktor gigi untuk pembersihan gigi secara berkala.

Umur 6-12 tahun 

1. Mula memindahkan tanggungjawab memberus dan flos gigi kepada kanak-kanak dengan pengawasan ibu bapa. Umur 8 tahun adalah purata umur kanak-kanak mampu memberus gigi sendiri, manakala flos gigi boleh dilakukan sendiri apabila mencapai umur 10 tahun.

2. Kanak-kanak harus memberus gigi menggunakan teknik dan jenis berus gigi yang disyorkan oleh doktor gigi mereka.

Kanak-kanak dari semua peringkat umur 

1. Tukar berus gigi setiap 3-4 bulan sekali.

2. Berus gigi dua kali sehari, iaitu selepas makan sarapan pagi dan selepas tidur.