klik di sini :)

Saturday, January 8, 2011

Debaran semakin terasa



Anugerah Juara Lagu ke 25 (AJL25) bakal melabuhkan tirainya kurang daripada tempoh 48 jam. Namun kehangatannya kian terasa apabila malam itu nanti akan menyaksikan 14 lagu berentap untuk bergelar juara. 

Ramai yang sudah ada jangkaan sendiri. Lagu mana yang dirasakan paling layak untuk dinobatkan sebagai juara. 

Gelisah di hati peminat setia muzik tempatan membuatkan banyak lagu yang boleh dikatakan sebagai juara. Pertandingan yang dianggap berprestij ini sebenarnya mengangkat karya tempatan. 

Meskipun begitu, apakah yang membuatkan sesebuah karya itu boleh dijadikan sebagai juara? Popular atau terbaik? Apakah pihak juri ternoda dengan keasyikan lagu yang disiar berulang kali di corong radio? Atau pihak juri sudah menemui karya yang benar-benar layak diangkat sebagai juara. 

Siapakah juri ini? Yang pasti pihak pengajur masih belum bersedia membuka mulut dan jawapannya hanya akan diketahui pada malam kemuncak nanti. Dan lazimnya, juri ini sudah ada jawapan terhadap setiap pilihan mereka. 

Ada beberapa lagu bakal juara malam AJL tidak begitu mendapat sambutan untuk diperdengarkan di corong radio, tetapi pihak juri merasakan ia juga layak bergelar juara AJL. 

Lagu Pelita, nyanyian kumpulan API misalnya, tidaklah popular berbanding Selamat Malam atau Hanyut dendangan Faizal Tahir. Bagaimanapun, garapan lagu ini yang sangat unik dan bersesuaian dengan trend muzik masa kini. 

Namun ada kekuatan dalam karya Monoloque ini. Skor muzik yang digunakan ditambah dengan gabungan dua vokal mantap iaitu Noh Hujan dan Azlan The Typewriters. 

Lagu ini cukup unik dan hebat. Lagu lain yang boleh mencabar lagu ini adalah seperti Noktah Cinta nyanyian Hafiz dan juga Tolong Ingatkan Aku daripada Ana Raffali. 

Kedua-dua lagu ini berlainan genre namun ada kekuatan tersendiri. Tidak wajar meletakkan lagu ini di belakang kerana setiap nota dalam lagu serta lirik cukup kuat untuk ditabalkan sebagai pemenang. 

Jangan pula perlekehkan kumpulan Bunkface, Meet Uncle Hussien dan Yuna. Dengan ciptaan mereka sendiri, mereka ada kekuatan untuk merangkul gelaran juara. 



Persediaan akhir finalis

Pastinya semua finalis malam itu tidak sabar untuk membuat persembahan terbaik. Pelbagai perancangan akan dilakukan hanya untuk membuatkan penonton terhibur. Memenangi persembahan terbaik dan juga vokal terbaik dianggap bonus bagi mereka. 

Majlis gilang-gemilang itu akan menggamatkan Stadium Putra Bukit Jalil dan dipancarkan secara langsung menerusi TV3 dan juga radio rasmi Hot.fm. Apakah kejutan dan gimik finalis untuk malam esok?



sumber :sinar harian

1 comment: