klik di sini :)

Wednesday, October 24, 2012


Esok hari khamis 25 Oktober bersamaan 9 Zulhijjah 1433H, Jom kita pakat-pakat ajak anak isteri dan sahabat-sahabat seperjuangan agar menunaikan puasa sunat hari Arafat.

Puasa sunat Hari Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut. Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah” (Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).

Hari ‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat Imam Muslim).

Adapun disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w. ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam Muslim).

NIAT: “Sahaja aku puasa sunat hari A’rafah esok hari kerana Allah Ta’ala.”

Monday, October 15, 2012

Video : Wonder Girl nyanyi Pakai Baju Kurung

Khairul Fahmi Che Mat Bakal Terima RM3 Juta Jika Berpindah Kelab?


Khabar angin thari ini terbaru ada menyebut yang pemain bola sepak ini bakal menjadi pemain termahal Malaysia selepas Safee Sali yang mencipta nama di Indonesia.
Harian Metro hari ini ada menyebut yang Khairul Fahmi Che Mat telah di’tawarkan sehingga RM3 juta untuk berpindah dari Kelantan walaupun kontrak masih berbaki 3 tahun.
Bayaran RM3 juta itu termasuk RM800,000 sebagai pampasan menebus kontrak beliau kini bersama Kelantan dan khabarnya tawaran itu datang dari negeri Johor.
Khairul Fahmi Che Mat bagaimana pun enggan mengulas lanjut tentang kisah ini selain mengatakan yang beliau masih komited dengan kerjaya beliau bersama pasukan Kelantan.
“Saya perlu menghormati kontrak (bersama pasukan Kelantan) yang masih ada. Saya tidak tahu bagaimana cerita ini timbul dan enggan memikirkannya,” ujar beliau ringkas.
Jika transaksi perpindahan kelab ini benar benar terjadi, Khairul Fahmi Che Mat bakal menjadi pemain tempatan yang termahal selepas Safee Sali yang menerima kontrak RM2 juta daripada kelab bolasepak Pelita Jaya FC.

Pengalaman Pencuri Kafan – 7 Jenis Mayat Pelik



Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah s. w. t. 

Dia berkata, “Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat.”

” YANG PERTAMA, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi pabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?” tanya pemuda itu.
” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah s. w. t. sewaktu hidupnya. Lantaran Allah s. w. t. menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain,” jawab ahli ibadah tersebut.
Sambung pemuda itu lagi, ” Golongan YANG KEDUA, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mayat mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain,”
Pemuda itu menyambung lagi, ” Wahai tuan guru, golongan YANG KETIGA yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Pabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu.”
” Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda,” balas ahli ibadah itu lagi.
” Golongan YANG KEEMPAT, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?”
Jawab ahli ibadah itu, ” Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah s. w. t. sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya.”
” Golongan YANG KELIMA pula Ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya,” sambung pemuda itu.
” Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda,” jelas ahli ibadah tersebut.
” Wahai guru, golongan YANG KEENAM yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya,”
” Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba sewaktu hayatnya,” jawab ahli ibadah tadi.
” Wahai guru, golongan YANG TERAKHIR yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?” tanya pemuda itu lagi.
Jawab ahli ibadah tersebut, ” Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu. Dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah s. w. t. baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya.”
Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. Wallahua’lam..

Saturday, October 13, 2012

Kalimah ALLAH Muncul Di Penyodok Sampah Selepas Dipanah Petir





Kalimah ALLAH Muncul Di Penyodok Sampah Selepas Dipanah Petir
Sebuah penyodok sampah milik Emi Fajareni 48′ berasal dari Mojokerto, Indonesia telah menggemparkan warga setempat. Ini kerana, telah muncul kalimah menyerupai Allah setelah di sambar petir.
Kejadian berlaku pada petang 14/2/2012 di mana ketika itu hujan sangat lebat dengan kilat sabung menyabung. Emi ketika itu ingin membuang air dan x semena2 petir menyambar penyodok sampah yg di letakkan di kawasan depan rumah beliau..

Terkejut, Emi mengarahkan anak2nya masuk ke rumah. Setelah hujan dan kilat beransur reda, Emi telah pergi ke kawasan di mana petir menyambar sebentar tadi.
Alangkah terkejutnya bila di dapati terdapat kalimah Allah yg muncul di penyodok sampah tersebut. cerita ini pantas merebak ke seluruh kampung dan rumahnya menjadi tumpuan.
“Tanda kekuasaan Allah” itulah yg di katakan rata2 penduduk kampung.

Sumber 

Kenapa Orang Tak Solat Boleh Berjaya?


Seperti yang kita tahu, ilmu itu merupakan cahaya, dan ianya tidak akan memasuki hati-hati yang gelap. tetapi kita lihat, kawan kita yang berjudi, yang minum arak, boleh berjaya pula, sedangkan kita terkial-kial walaupun sudah berusaha. Kita tahu bahawa, siapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan dugaan.

Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita.Orang bertanya kepada saya. Kenapa begitu? Sekarang ini, yang manakah benar? Adakah kita faham selama ini tidak benar?

Maka saya hendak bertanya kepada anda.

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj? Apakakah maksud istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Saya bagi contoh yang paling mudah. Salah seorang darinya adalah Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusiayang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan. Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Sebab itulah, saya hendak mengajak saudara-saudari berfikir, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa kalian?

Saya yakin, 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda langsung lupa bahawa yang memberi kejayaan adalah Allah SWT , dan ini buktinya ada semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka jangan gusar bila tidak berjaya. Cuba lagi. Hubungan keimanan anda dengan ALLAH itulah yang pertama sekali perlu anda perhatikan. Jika anda berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, anda akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat satu kisah yang saya suka baca ketika saya masih kecil.

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”
ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walau sudah study ? gagal dalam perniagaan walau hebat menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.
Mustahil anda suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj?

Saya yakin tidak..

Anda tenang sekarang?

Anda wajib untuk tidak berasa tenang jika anda berbuat dosa, dan anda berjaya. Sebab itulah, muhasabah diri itu pentin g. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Friday, October 12, 2012

oopps!! it's my birthday :)


Alhamdulillah dipanjatkan syukur kepada-Mu Ya Allah..
Dikurniakan nikmat & peluang untuk meneruskan perjuangan hidup. Walau penuh dengan ranjau duri terpaksa di tempuhi...

Hari ini..aku bertuah kerana masih bernafas dan masih mampu melaksanakan tugas sebagai hamba-Mu..

 Harapanku agar tidak pernah mengalah dengan pelbagai dugaan & ujian dan terus menghadapi dengan penuh rasa kesyukuran..


Thursday, October 11, 2012

Jawatan kosong Pengacara Jemputan NONA (PJN) - Ujibakat



Petaling Jaya, 2 Oktober 2012 – Selepas 10 tahun, Pengacara Jemputan NONA (PJN) kembali untuk musim ke-6! Mula diperkenalkan pada tahun 1990, PJN merupakan program realiti pertama  yang dianjurkan oleh TV3 untuk mencari bakat baru dalam bidang pengacaraan dan kewartawanan. Lima juara PJN terdahulu, Datin Seri Normala Samsudin, Joweyn Son Yee Yee, Rafidah Zahari, Tengku Khalidah Bidin dan Datin Norjuma Habib Mohamed, masing-masing tampil dengan bakat luar biasa seterusnya menempa nama dalam bidang masing-masing.
Selain itu, nama-nama seperti Farrah Adeeba Ashraf, Maria Tunku Sabri, Raja Mazian Raja Mohamed, Datin Hamidah Hamzah, Nornisamsila Othman dan Intan Jusmiera turut pernah mewarnai pentas finalis PJN.
Berita baik buat semua wanita! Bagi mereka yang berminat dan ingin mencuba nasib, sertai ujibakat PJN yang bakal diadakan sepanjang bulan Oktober ini. Antara syarat-syarat utama menyertai ujibakat PJN ialah warganegara Malaysia, wanita berusia antara 18 hingga 28 tahun, mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya sijil diploma, berperwatakan menarik, memiliki vokal mantap dan mampu berkomunikasi dengan baik. Peserta juga dikehendaki membawa salinan kad pengenalan, sijil pendidikan dan gambar berukuran pasport atau 4R ketika menghadiri ujibakat.
Ujibakat akan diadakan di empat lokasi mengikut zon (Timur, Utara, Selatan dan Tengah). Sesi ujibakat bermula dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Maklumat sesi ujibakat seperti berikut:
TARIKH LOKASI
6 Oktober 2012 Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan
13 Oktober 2012 Hotel Regency, Alor Setar, Kedah
21 Oktober 2012 Hotel M Suite, Johor Bahru, Johor
28 Oktober 2012 Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor
Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, Cik Sherina Nordin, “Tujuan utama kami menganjurkan semula pertandingan Pengacara Jemputan NONA atau PJN adalah untuk mencari dan menggilap bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai pengacara dan wartawan penyiaran yang berkaliber. Ini merupakan peluang baik buat kaum wanita untuk menjadikan PJN sebagai platform mereka mempamerkan kebolehan yang ada dan sekaligus mewarnai dunia penyiaran tanah air sebaris nama-nama ulung seperti Dian P Ramlee, Christine Ling, Datin Seri Normala Samsudin, Azizah Ariffin, Nurul Syuhada, Maya Karin dan ramai lagi.”
“Peserta yang berminat untuk menyertai ujibakat PJN dinasihatkan membuat ‘homework’ supaya lebih bersedia, contohnya, cara menemuramah responden, mampu bertutur dengan suara yang jelas dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Gaya penyampaian pula tidak meniru sesiapa. Fasih dalam kedua-dua Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris serta penguasaan dalam bahasa ketiga adalah satu bonus”, tambah Ezzah Aziz Fawzy, Penerbit Eksekutif PJN.
sumber
so...kepada sesiapa yang berkelayakan bolehlah mencuba nasib untuk jadi pengacara ye...eyra pon minat la jugak tapi xcukup layak kot..hehehe..Good Luck!!



Nabila Huda terlalu seksi?

Gaun yang dipakai Nabila Huda dikatakan terlalu seksi

NABILA Huda si pelakon yang kini sedang hangat dengan drama bersiri “Julia” sekali lagi naik carta kontroversi kerana didakwa terlalu seksi sewaktu menghadiri majlis “Anugerah Blokbuster 2012 anjuran syarikat televisyen berbayar di Stadium Melawati, Shah Alam hujung minggu lalu. 

Dress hitam rekaan Aliabastamam yang disarung Nabila nampak cukup cantik pada badannya. Namun ada yang sakit mata melihat belahan gaun tersebut sehingga melepasi peha serta mempunyai bukaan pada bahagian antara dada dengan sedikit badannya. Lantas anak perempuan vokalis Amy Search ini dihentam teruk sebab dikatakan tidak sensitif dan terlalu seksi.

Nabila pula yang sudah lali dengan kritikan berkaitan dirinya seksi, mengatakan gaya tersebut hanya satu ekspresi fesyen bagi orang yang gila fesyen sepertinya.

“Saya bukan berbogel pun. Saya pakai jeans dan t-shirt pun orang pernah kata seksi. Kali ini pun orang kata seksi. Terpulanglah, tapi saya tak anggap ia terlalu seksi,” ujar Nabila membela diri sekali gus menegaskan sebagai seorang dewasa dia sedar akan tindakannya dan bertanggungjawab penuh terhadap setiap keputusan yang dibuat.

Bagaimanapun, pelakon ini tidak juga angkuh. Walau mengatakan dirinya suka berfesyen dan penampilan pada malam itu tidak keterlaluan, dia tetap meminta maaf kepada sesiapa yang menyampah dan berasa dirinya seperti jahil hukum agama dengan berpenampilan seperti bintang Hollywood pada malam itu.

Katanya: “Saya minta maaf kepada semua pihak sekiranya pakaian saya membuat ramai yang tidak selesa. Saya tetap akan berfesyen selepas ini. Bukan bermaksud saya tidak belajar daripada kesilapan lalu, tapi saya memang seorang yang gemar berfesyen. Hanya selepas ini saya akan lebih berhati-hati.”

Nabila kemudian merayu agar khayalak tidak terlalu cepat menilai seseorang melalui penampilan mereka. Malah, jangan juga cepat menjatuhkan hukum kepada individu yang suka berfesyen sepertinya. Ini kerana ia bukan lambang seseorang itu jahat. Malah katanya juga, jangan terkejut jika dirinya diberi hidayah untuk berubah imej seperti berhijab pada masa terdekat atau akan datang. 

Selain itu pelakon berusia 27 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan ini juga berharap agar masyarakat lebih memberi fokus terhadap kariernya.

“Adalah lebih baik orang mengkritik hasil kerja saya sebagai pelakon daripada mencari kesalahan saya dalam berfesyen atau sebagainya. Saya lebih rela orang kritik tentang bakat saya kerana dunia lakonan dan fesyen adalah dunia yang berbeza buat saya,” katanya lagi.

sumber

Biodata Ustaz Azhar Idrus (UAI)



Nama :
Ustaz Azhar Bin Idrus

Tarikh Lahir:
12 Februari 1964

Berasal:
Ladang,Kuala Terengganu, Terengganu

Hobi :
Mengembara (taakulan penulis) dan fotografi

Pendidikan  :
1.Sekolah Rendah Hj. Mohd Sharif, Alor Setar, Kedah.
2.Sekolah Menengah Darulaman Alor Setar, Kedah. (Tingkatan 1 dan 2)
3.Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu (Tingkatan 3 hingga 6)
4. Mulai belajar agama sekitar tahun 1990.
5.Belajar secara talaqqi lebih kurang dengan lapan orang guru dalam tempoh 12 tahun

 Pengalaman :
1. Pernah menjadi seorang guru muzik pada tahun 1985, benda lagho kata beliau.
2. Antara guru beliau ialah Tuan Guru Haji Muhammad Zin Pondok Lubuk Pandan Wakaf Tapai.
3. Mula mengajar (hanya menyampaikan yang sekdar tahu sahaja, kate beliau) di surau ladang, kampungnya

Keluarga :

Isteri :
1. Rogayah Binti sulong, Johan Qariah Tilawah Al-Quran Kebangsaan 1978 (42 Tahun)
2. Wan Halimatun Nisa' Binti Wan Mohd Nor (26 Tahun)
Anak :
1.Nur Madihah Asyiqin (20 tahun) 2.Nur Farhah (19 tahun) 3.Mohd Faqihuddin (18 Tahun) 4.Mohd Zuhaili (16 tahun) 5.Ikhwan Najmi (14 tahun) 6.Khairul Mukmin (7 tahun) 7.Rasydan (6 tahun)
 Gambar Keluarga Ustaz Azhar Idrus

Tuesday, October 9, 2012

THE POWER WITHIN YOU



P.O.W.E.R atau Kekuatan seperti apa yang mampu membuat seseorang lebih berhasil dari sebelumnya?

P = Positive
Apapun yang Anda pikirkan, Anda katakan, Anda perbuat lakukanlah dengan positif. Berawal dari pikiran atau mind-set kita. Jika Anda mau menanam dan memelihara mind-set yang negatif, konsekuensinya apa yang dihasilkan dari pikirkan tersebut tidak akan positif.

O = Optimist
Melihat kondisi sulit, mendengar komentar negatif orang lain terhadap kita, mengalami kegagalan terus menerus umumnya membuat kita menjadi down dan pesimis. Manusiawi sekali memang, tapi mau sampai kapan jadi pesimis? Seumur hidup? Saya lebih memilih bangkit dan coba lagi. Gagal dan mengalami penolakan sudah biasa, tapi yang luar biasa adalah keyakinan dalam diri setiap orang.

W = Willingness
Yakin saja tidak cukup, seseorang memang harus ada kemauan dan action untuk mewujudkannya. Kalau ditanya mau berhasil? pasti semua mau berhasil. Tapi kata orang bijak will is not enough, you have to do. Kalau memang sudah tidak ada kemauan berhasil, ini perkara sudah repot. Orang tersebut harus menolong dirinya sendiri

E = Enthusiasm
Manusia kalau tidak punya antusiasme sama seperti mobil kehabisan bensin. Sebagus dan semahal apapun mobilnya kalau tidak ada bensin percuma saja. Sama seperti kita kalau punya impian yang luar biasa, mind-set yang positif, tapi ketika mulai action tidak punya antusiasme maka semuanya sia-sia.

R = Refill
Batu baterai saja ada waktunya habis, apalagi dengan kekuatan dalam diri kita. Adalakalanya kita memasuki masa sulit, sehingga kekuatan dalam diri kita semakin melemah. Apa yang harus kita lakukan? Isi ulang (refill) kekuatan Anda. Dengan apa? Isi dengan sesuatu yang mampu meningkatkan power Anda kembali. Baca buku, fokus pada achievement pada masa lalu, bangkitkan kembali potensi, masukkan informasi yang positif ke telinga Anda.

Jadi jangan khawatirkan latar belakang Anda, apapun pendidikan Anda baik itu lulusan lokal maupun lulusan impor, pesona fisik Anda cantik atau kurang cantik, karena bukan itu semua yang menentukan seberapa tingginya Anda akan mencapai kesuksesan tapi lebih kepada POWER yang ada dalam diri Anda.

Selamat mengembangkan Power Anda.