klik di sini :)

Thursday, October 11, 2012

Nabila Huda terlalu seksi?

Gaun yang dipakai Nabila Huda dikatakan terlalu seksi

NABILA Huda si pelakon yang kini sedang hangat dengan drama bersiri “Julia” sekali lagi naik carta kontroversi kerana didakwa terlalu seksi sewaktu menghadiri majlis “Anugerah Blokbuster 2012 anjuran syarikat televisyen berbayar di Stadium Melawati, Shah Alam hujung minggu lalu. 

Dress hitam rekaan Aliabastamam yang disarung Nabila nampak cukup cantik pada badannya. Namun ada yang sakit mata melihat belahan gaun tersebut sehingga melepasi peha serta mempunyai bukaan pada bahagian antara dada dengan sedikit badannya. Lantas anak perempuan vokalis Amy Search ini dihentam teruk sebab dikatakan tidak sensitif dan terlalu seksi.

Nabila pula yang sudah lali dengan kritikan berkaitan dirinya seksi, mengatakan gaya tersebut hanya satu ekspresi fesyen bagi orang yang gila fesyen sepertinya.

“Saya bukan berbogel pun. Saya pakai jeans dan t-shirt pun orang pernah kata seksi. Kali ini pun orang kata seksi. Terpulanglah, tapi saya tak anggap ia terlalu seksi,” ujar Nabila membela diri sekali gus menegaskan sebagai seorang dewasa dia sedar akan tindakannya dan bertanggungjawab penuh terhadap setiap keputusan yang dibuat.

Bagaimanapun, pelakon ini tidak juga angkuh. Walau mengatakan dirinya suka berfesyen dan penampilan pada malam itu tidak keterlaluan, dia tetap meminta maaf kepada sesiapa yang menyampah dan berasa dirinya seperti jahil hukum agama dengan berpenampilan seperti bintang Hollywood pada malam itu.

Katanya: “Saya minta maaf kepada semua pihak sekiranya pakaian saya membuat ramai yang tidak selesa. Saya tetap akan berfesyen selepas ini. Bukan bermaksud saya tidak belajar daripada kesilapan lalu, tapi saya memang seorang yang gemar berfesyen. Hanya selepas ini saya akan lebih berhati-hati.”

Nabila kemudian merayu agar khayalak tidak terlalu cepat menilai seseorang melalui penampilan mereka. Malah, jangan juga cepat menjatuhkan hukum kepada individu yang suka berfesyen sepertinya. Ini kerana ia bukan lambang seseorang itu jahat. Malah katanya juga, jangan terkejut jika dirinya diberi hidayah untuk berubah imej seperti berhijab pada masa terdekat atau akan datang. 

Selain itu pelakon berusia 27 tahun dan mempunyai seorang anak perempuan ini juga berharap agar masyarakat lebih memberi fokus terhadap kariernya.

“Adalah lebih baik orang mengkritik hasil kerja saya sebagai pelakon daripada mencari kesalahan saya dalam berfesyen atau sebagainya. Saya lebih rela orang kritik tentang bakat saya kerana dunia lakonan dan fesyen adalah dunia yang berbeza buat saya,” katanya lagi.

sumber

No comments:

Post a Comment